Sunday, October 3, 2010

Perkusi.

Perkusi ialah alat muzik biasanya dimainkan untuk menjaga tempo sesebuah lagu. Alat-alat perkusi ada dua jenis iaitu alat-alat yang mempunyai pic dan tidak mempunyai pic. Alat-alat perkusi amat sesuai memainkan irama atau 'rythm lagu. Setiap bangsa didunia ini mempunyai alat perkusi mereka sendiri. Pada zaman dahulu perkusi digunakan untuk upacara ritual, untuk  membangkit semangat berperang di kalangan askar-askar, menghalau hantu, untuk menyampaikan isyarat dan sebagainya.
Instrumen musik perkusi tidak hanya dimainkan sebagai pengiring/ritma, melainkan pula sebagai melodi dan memainkan harmoni.
Perkusi umum dianggap sebagai "tulang punggung", atau "jantung" dari sebuah pertunjukan musik, dalam permainan seringkali dikolaborasikan bersama instrumen bass. Pada muzik  jazz dan musik popular, bassis dan drummer seringkali dikelompokkan sebagai tulang belakang. Kebanyakan muzik-muzik klasik yang ditulis untuk penampilan sebuah orkestra penuh sejak zaman Hadyn dan Mozart menggunakan alat-alat muzik string, tiup kayu, dan tiup logam. Namun demikian, seringkali setidaknya sepasang timpani diikutsertakan di dalamnya, meski tidak digunakan secara aktif dalam keseluruhan pertunjukkan (hanya mengisi bagian-bagian tertentu). Pada abad ke lapan belas dan sembilan belas, jenis instrumen muzik perkusi yang digunakan mulai beragam seperti triangle dan simbal, meski masih berfungsi seperti halnya timpani, untuk memberi penekanan pada bagian tertentu dalam musik. Barulah pada abad ke dua puluh instrumen muzik perkusi mulai sering digunakan dalam pertunjukkan muzik-muzik klasik.
Dalam setiap jenis musik, perkusi memainkan peranan yang penting. Dalam pertunjukkan marching band, perkusi digunakan sebagai penjaga tempo, dan beat yang memungkinkan para pemain berjalan secara serempak dan dalam irama dan kecepatan yang sama. Dalam musik jazz klasik, pendengar dapat dengan segera membedakan jenis ritma dari hi-hat atau bunyi simbal saat kata "swing" diucapkan. Dalam budaya muzik yang lebih popular, hampir tidak mungkin untuk menamakan tiga atau jenis irama pada musik rock, hip-hop, rap, funk atau bahkan soul karena pola permainan perkusi tidak memiliki irama dengan beat yang sama.
Disebabkan ragam jenis instrumen perkusi yang luas, tidak jarang ditemukan ensembel musik besar dengan keseluruhan instrumen yang dimainkannya adalah instrumen perkusi. Ritma, melodi, dan harmoni semua muncul dan hidup dalam penampilan tersebut, dan seringkali merupakan pertunjukan yang menarik. Antara alat-alat perkusi yang mempunyai pic ialah vibrafon, timpani, chimes, xylofon, marimba dan tubular bell. Alat-alat perkusi yang tidak mempunyai pic ialah dram samping, conga, darbuka, jembe, kastanet, dram bass, cymbal, kayu tik tok, cowbell dan bongo.

Friday, September 24, 2010

Tabla

Tabla adalah instrumen muzik yang berasal dari India. Tergolong dalam keluarga membranofon, alat ini biasanya digunakan di dalam muzik klasikal Hindustani dan amat popular dalam masyarakat India. Tabla ialah sejenis alat perkusi dalam ensembel muzik tradisional India yang dimainkan untuk mengiringi nyanyian atau muzik instrumental. Malah, ia juga telah mengambil tempat yang penting dalam muzik tradisional Melayu. Hakikat ini dapat disokong oleh Mastor Hj Jarkaseh bahawa “ Tabla dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang India. Hari ini Tabla digunakan dalam ensembel Ghazal yang popular di Johor.” (Asas Pendidikan Muzik 1, 2007:122).

Gendang Melayu


Gendang Melayu dimainkan oleh masyarakat melayu mempunyai muka yang berlainan saiz. Satu muka dipasang dengan belulang lembu dan satu muka dipasang dengan belulang kambing. Belulang tersebut disirat dengan tali rotan dan dililit dengan rotan yang dibelah dua. Belulang itu ditegangkan dengan memasang gelung-gelung yang diperbuat dari rotan. Badanya diperbuat dari kayu nangka dan dipanggil temiang. Temiang berdekatan dengan muka besar, melengkung sedikit dan dililit dengan rotan. Gendang ini ada 2 saiz, yang besar dipanggil gendang ibu dan yang kecil dipanggil gendang anak. Gendang ini dimainkan dengan cara meriba dengan kedudukan melintang dan permukaannya dipalu dengan tapak tangan. Cara gendang ini ditala (tune) ialah dengan cara mengetatkan talinya. Ianya dimain ketika persembahan silat, wayang kulit atau main puteri.

Djembe

Jembe sejenis alat muzik yang berasal dari Mali, Afrika Barat. Berbentuk seperti piala, alat muzik ini di perbuat dari kayu yang keras seperti bush mango, bois rouge, acajou dan iroko. Kayu yang keras akan menghasilkan ton dan resonan yang baik. Permukaan jembe di perbuat daripada kulit kambing, kulit rusa atau kulit anak lembu. Ukuran jembe asalnya ialah 12" lebar, dan 24" tinggi. Namun kini berbagai saiz jembe boleh didapati. Terdapat berbagai teknik untuk memainkan jembe dalam menghasilkan ton yang berbeza. 3 nada utama iaitu bass(rendah), ton (nada tengah), dan slap (nada tinggi). Jembe di tala (tune) dengan cara menarik tali pengikat di bahagian tepi permukaan untuk menegangkan kulit permukaan dengan ini akan menghasilkan ton yang sedap. Pada zaman dahulu jembe dimainkan untuk menaikkan semangat mereka yang hendak pergi berperang. Jembe juga dimainkan mengiringi tarian masyarakat di Afrika. Kini jembe telah diterima di seluruh dunia. Ramai pemuzik-pemuzik telah memasukkan jembe dalam persembahan atau rakaman. Antara yang pemuzik yang pernah menggunakan jembe ialah Paul Simon, The Beatles, Peter Gabriel, U2 dan Grateful Dead.  

Darbuka



Darbuka ialah sebuah alat yang berasal dari Timur Tengah. Alat ini berasal dari Mesir dan dipercayai telah wujud hampir 2000 tahun dahulu. Alat ini diperbuat daripada kayu dan dan kulit kambing namun pada masa ini darbuka diperbuat daripada besi dan kulitnya diperbuat daripada fiberglass. Darbuka ini dimainkan dengan cara berdiri dan darbuka diletakkan dicelah kelangkang pemain. Darbuka ini dipukul dengan kedu-dua beah tangan. Teknik pukulan pertama dipanggil 'doum' iait pukulan dibahagian tengah muka dan tonnya lebih 'bass'. Selain itu pemain boleh memukul dengan menggunakan jari dan tonnya ialah berbunyi 'tek' iaitu lebih nyaring. Instrumen ini juga terdapat di Turki dan Sepanyol. Darbuka juga digunakan untuk sesebuah persembahan tarian.

Drum Set